KANSER DAN DELIMA
Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang amat ditakuti oleh orang ramai. Mengikut statistik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menyumbang sebanyak 13% (7.4 juta) dari keseluruhan kematian di dunia pada tahun 2008. Kematian akibat kanser dijangka akan terus meningkat di mana anggaran 12 juta orang akan mati akibat kanser pada tahun 2030.
Kadar kejadian penyakit kanser meningkat dengan pertambahan usia, dan, seperti negara-negara maju atau membangun yang lain, Malaysia menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup seperti kardiovaskular dan kanser telah meningkat. Kanser boleh berlaku pada setiap individu tanpa mengira usia dan jantina, sama ada miskin atau kaya serta memberi beban kewangan dan psikososial yang besar kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.
Kanser merupakan penyebab kematian keempat terpenting yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara dan pada tahun 2011 ia menyumbang sebanyak 11.2% dari keseluruhan kematian yang berlaku.
Berdasarkan jumlah kes-kes kanser baru pada tahun 2008 yang dilaporkan kepada Registri Kanser Kebangsaan, lima jenis kanser paling penting di kalangan lelaki di negara kita ialah kanser paru-paru (15.8%), kolorektal (15.8%), nasofarink (9.4%), limfoma (7.2%) dan prostat (6.2%). Sementara itu di kalangan wanita, kanser paling penting ialah kanser payudara (32.3%) diikuti dengan kanser kolorektal (10.4%), servik (8.5%), paru-paru (5.7%) dan ovari (5.4%).

Apa itu kanser
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Bagaimana Kanser Bermula
Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.
Bagaimana Sel Kanser Merebak
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.
Jenis Kanser
Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.
Tumor yang Bukan Kanser
Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.
Kanser boleh dicegah
Walaupun jumlah pesakit kanser di negara ini lebih rendah berbanding penyakit-penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan kardiovaskular, namun, beban kewangan serta psikososial yang ditanggung oleh pesakit, keluarga dan masyarakat adalah jauh lebih besar. Kebanyakan kejadian dan kematian akibat kanser sebenarnya boleh dielakkan dengan pengurangan faktor risiko, pengesanan awal dan rawatan segera.
Lebih daripada 30% kanser boleh dicegah dengan mengubah atau mengelakkan faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan kanser. Faktor risiko utama terhadap kejadian kanser adalah dikaitkan dengan gaya hidup iaitu amalan merokok, tidak aktif secara fizikal, mempunyai berat badan berlebihan atau obes, kurang pengambilan buah-buahan sayur-sayuran dan amalan pengambilan alkohol. Selain dari faktor risiko yang dikaitkan dengan gaya hidup, jangkitan oleh beberapa jenis virus seperti Human Papiloma Virus (HPV) dan virus Hepatitis B juga boleh menyebabkan kanser. Jangkitan HPV merupakan faktor risiko utama kanser servik dan jangkitan virus Hepatitis B (HBV) adalah antara faktor yang menyebabkan kanser hati.

Buah delima dan rawatan kanser khususnya KANSER PAYUDARA : SATU HARAPAN BARU
Ketua penyelidik dari Beckman Research Institute of City of
Hope, Amerika Syarikat Profesor Dr. Shiuan Chen telah membuat satu kejutan
penemuan baru dunia sains mengenai buah delima . Buah delima didapati
mengandungi penghambat enzim ( Enzyme Inhibitor), sekaligus menjadikan ia
berfungsi melemahkan kanser payudara dengan membataskan perkembangan estrogen.
Hasil eksperimen makmal menunjukkan bahawa delima (
pomegranate) mengandungi sebatian kimia yang mampu mngurangi risiko
terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara disamping dapat
mengelakkan risiko jantung.
Delima yang rasanya segar dan manis ini mengandungi
fitokimia dan tinggi kandungan polifenol antioksidan. Jika seorang wanita sudah
tidak lagi memproduksi hormone estrogen, maka risiko kanser payudara akan
menurun iaitu sama dengan yang disebabkan oleh kandungan fitokimia yang
diperoleh melalui pemakanan delima.
Walaubagaimanapun para penyelidik belum dapat memastikan
jumlah dos yang efektif untuk mencegah kanser payudara kerana sebatian kimia
yang berasal dari makanan tidak mudah diserap oleh tubuh manusia.
Namun, para ahli mengatakan meminum jus dari sari buah
delima adalah amat baik, apalagi kandungan anti oksidan dalam satu gelas delima
lebih banyak disbanding dengan satu gelas teh hijau atau jus oren.
Inilah kebesaran Allah. Setiap penyakit ada ubatnya iaitu
aka nada elemen yang membawa kesembuhan kepadanya kecuali MATI. Antara tumbuhan
lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah delima sebagai penghambar
enzim adalah cendawan. Kumpulan penyelidik Dr. Shiuan juga mengkaji kemungkinan
rawatan kanser payudara dengan menggunakan ekstrak bahan dari cendawan selain buah delima !
Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI
G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Email : iyamanigmart90zairul@gmail.com
Tel / Whatsapp :
0196150599
Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
ReplyDeletesy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN