Monday, June 22, 2015

INFO SIHAT : RAHSIA KURUS PANTAS DAN SIHAT

RAHSIA KURUS PANTAS DAN SIHAT

Assalamualaikum semua.
Semoga anda ceria-ceria di hujung minggu ini dan beroleh kesempatan waktu bersama keluarga yang tersayang. 

Kebetulan bermula minggu ini, saya akan mulakan diet dan kurus secara pantas, jadi saya terfikir untuk berkongsi dengan para pembaca setia blog ini tentang cara RAHSIA yang awesome ini. Tapi adalah diingatkan dari awal lagi bahawa badan tak ambil masa sehari untuk gemuk dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus.
Biar lambat asalkan selamat. Jadikan SABAR sebagai tangkal utama untuk diet pantas ni. Jangan sekali-kali ingin turunkan kilo dalam seminggu hingga 10 kg. Jika ada cara atau supplement yang mampu lakukan sebegitu, pasti ada 'something wrong somewhere' pada keadah dan produk tersebut.

Jangan risau, tips hebat ini saya kongsikan bersama anda. Penurunan 3-5kg dalam sebulan tanpa gagal kerana ini yang saya lakukan kepada rakan-rakan yang bermain gym bersama saya dahulu dan pengalaman inilah yang saya gunakan bersama pelanggan istimewa bisnes saya sekarang.

5 RAHSIA TERBONGKAR

1. Jaga Pemakanan Terutamanya Sarapan!

Nampak senang je kan tapi akhirnya ke laut juga apabila kita tak fokus dan konsisten dengan apa yang kita inginkan. Fokus ok! Anda kan nak kurus pantas! The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old but on building the new!

Di bawah ni adalah contoh menu makanan yang kebiasaannye kita biasa lihat dan juga jadi rutin kepada diri kita sendiri sebagai orang M'sia yang wajib makan nasi. Betul tak? 
  • Breakfast - nasi lemak + air nescaffe
  • Lunch - nasi ayam + air sirap
  • High tea - goreng pisang + kuih-muih + air kopi
  • Dinner - nasi + lauk pauk kampung + air kosong
  • Supper - minum teh + makan biskut
Haaaa, mesti ada yang jadual makannya seperti ini. Takmo...takmo ye kalau nak kurus pantas. Ni terbalik ni, ia untuk GEMUK pantas. So, berhati-hati.


Ni makannya jika kita tidak menjaga corak 
pemakanan yang seimbang.
Untuk makluman, sarapan pagi yang bagus adalah dengan mengambil makanan yang rendah kalori tetapi mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk kita bekerja hingga ke tengah hari.

Kesilapan rakyat M'sia dalam mengambil sarapan pagi adalah mengambil makanan berminyak, bergoreng dan kurang nutrien. 

Tahukah anda, liang-liang usus dalam badan mudah menyerap makanan dan mudah tersumbat jika selalu diberikan makanan yang berminyak seterusnya ia menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat secara perlahan-lahan tanpa kita sedari kerana ini semua berpunca daripada apa yang kita makan SEAWAL sarapan pagi. 

Saya selalu cakap dengan customer "good breakfast give good day!". Jadi berikan yang terbaik kepada usus kita sebaik-baiknya seawal pagi dan hari anda seterusnya pasti lebih menggembirakan. Jika anda dapat kawal sarapan pegi anda, waktu pemakanan yang lain akan menjadi lebih mudah.

2. Cuci Usus Anda!

Untuk lose weight, mesti cuci usus terlebih dahulu! Nak tahu kenapa mesti kene cuci usus? Nak cuci macam mana tu?

Kita mesti melalui proses detox terlebih dahulu sebelum memulakan program penurunan berat badan. Tujuannya adalah untuk penyerapan nutrien dari sarapan itu manakala yang tidak diperlukan di'detox'kan secara baik. 

Sebagai makluman, apa yang didetox oleh badan adalah tidak secara keseluruhan dan terdapat sisa-sisa kecil yang tidak boleh di detox secara terus maka pengambilan supplement seminggu sekali adalah penting untuk tujuan mencuci usus. 


Ini rupa usus yang kotor (before) dan yang bersih (after)
Usus tak boleh dicuci tiap-tiap hari sebab ia akan menjadi 'malas' hendak function sendiri untuk 'membuang', maka atas sebab demikianlah detox first pada hari pertama diet pantas. Penyerapan nutrien dari makanan yang diambil pada keesokan harinya pasti lebih efektif apabila usus telah bersih. 

Jadi proses penurunan berat badan boleh jadi lebih cepat apabila usus telah bersih dan pemberian nutrisi yang sihat seawal pagi. Pilihlah supplement semulajadi yang semestinya selamat untuk usus tanpa menghakisnya secara 'halus'.


3. Meal Plan

Tadi tentang kepentingan sarapan pagi yang sihat dan usus yang bersih. Sekarang, bagaimana pula dengan makan tengahari dan malam?

Hah! inilah namanya 'meal plan'? Ia adalah tatacara pemakanan berdisiplin dan sihat yang mesti diikuti berdasarkan target penurunan yang dikehendaki.


Pesanan buat semua. Untuk turunkan berat badan biarlah logik targetnya. Jangan melampau-lampau dan secara mendadak pula dalam tempoh yang singkat kerana ia boleh memberikan effect kepada sistem tubuh dan organ dalaman badan untuk berfungsi. Organ jantung adalah yang paling terkejut hendak mengepam darah dalam arteri-arteri dalam badan jika penurunan berat badan adalah secara mendadak. 

Biarlah logik, misalnya 1 bulan turun 5 kg, bukan 10 kg atau 15 kg sebulan. Walaupun penurunan berlaku tidak sepantas yang diingini tetapi yang penting, mesti reshape! 

Apa itu reshape? Reshape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental dan nampk cantik. 

Bagaimana nak buat meal plan?

Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

a) Bangun Pagi: Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast: Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch: Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea: Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).



Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

4. Belajar Minum Air Kosong

Ini adalah perkara wajib yang menjadi rahsia dalam semua slimming center, rahsia AIR. Hendak turunkan berat badan mesti kena belajar minum air kosong secara berterusan kerana ia boleh membantu menurunkan kadar kalori dalam badan yang dah berzaman disimpan dalam lapisan bawah kulit kita ini. 




Air kosong juga berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetoxkan melalui air kencing. Seterusnya untuk mencuci buah pinggang. Bila air kosong kurang diminum, buah pinggang kita akan berusaha bersungguh-sungguh keluarkan air kencing tetapi itu adalah cara yang tidak sihat kerana air kencing akan jadi kuning sangat dan kesian pada buah pinggang kita kerana bersusah payah dia 'mencari punca air' yang ada dalam tubuh badan kita untuk tujuan detox.

5. Supplement

Ramai sebenarnya mengetahui bahawa pengambilan supplement pada masa kini sangat perlu bahkan terdapat beberapa buah negara maju memberikan supplement percuma kepada penduduknya. Contoh terbaik adalah Jepun. Ia bukan sengaja diberikan tetapi sebagai mencegah sebarang penyakit kronik kepada penduduknya akibat pelbagai komplikasi kesihatan.

Dalam diet yang sihat untuk kurus dengan pantas, pengambilan supplement sangat penting untuk memberikan nutrien keperluan tubuh dan mengawal sistem pemakanan harian kita.

Maklumlah, di siang hari saya pensyarah, di malam hari pula, saya seorang usahawan. Jadi, tenaga sangat penting untuk saya tapi TANPA MAKANAN.

Untuk kurus yang pantas dan sihat serta kegemukan tidak berulang lagi, pembuangan toksik dalam tubuh secara sempurna adalah sangat perlu kerana ia ibarat karat yang tidak dibuang ketika proses pengecatan baru dilakukan pada sebatang besi. Jadi sia-sia ringkasnya!


So, bulan ni azam baru untuk teruskan balik diet ini kerana saya semakin yakin dengan supplement dan kaedah pemakanan di atas kerana saya telah mencubanya sendiri. Anda bila lagi?!


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599


AMALAN SUNNAH : BERPUASA TAPI BERSUGILAH


BERPUASA TAPI BERSUGILAH


Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah. Juga apabila kita bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia.
Justeru itu, semasa soat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang datang ke tempat perhimpunan awam khususnya solat berjemaah. Sebab itu tidak dibenarkan sesiapa yang memakan bawang putih ataupun makanan yang lain yang mengeluarkan bau busuk dari pemakannya menghadiri solat berjemaah. Ini kerana Islam ingin mengelakkan kita menyakitkan orang lain dan menimbulkan kebencian sesama manusia.
Galakan Gosok Gigi
Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Bukan Hujah
Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:
“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:
“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599