PEMBUNUH NO 1 DI MALAYSIA
Assalamualaikum semua. Untuk post yang kali ini, saya nak cerita berkenaan dengan PEMBUNUH NO 1 di Malaysia. Serangan jantung mempunyai risiko yang sama terhadap lelaki dan wanita. Berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca berlakunya kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008. Penyakit jantung koronari di negara ini dianggarkan 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. Dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini pada tahun 2030. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir.
Merokok adalah antara punca seseorang mudah mendapat serangan jantung, jarang melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang. Penyakit jantung yang menyerang lelaki dan wanita juga berbeza, dimana ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk, manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
Penyakit jantung kekal pada kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu.
GEJALA PENYAKIT JANTUNG
Dibawah adalah ciri-ciri gejala penghidap penyakit jantung. Tetapi ia bergantung kepada jenis penyakit jantung yang di alami seseorang.
1) Sakit pada bahagian kepala
Sakit disebabkan terkena cahaya matahari juga menyebabkan seseorang itu ada masalah pada jantung. Bagi wanita yang ada migrain perlu berhati-hati kerana kemungkinan ini punca kepada masalah penyakit jantung.
2) Sakit Dada
Tanda awal penyakit jantung juga adalah sakit pada bahagian dada, namun sakit di bahagian dada bukanlah merupakan gejala awal sakit jantung. Ia boleh jadi disebabkan oleh penyakit lain. Jadi perlulah kita merujuk kepada yang Pakar untuk mendapatkan kepastian.
3) Sakit pada bahagian tubuh
Kerana arteri tersumbat menimbulkan sakit pada bahagian tubuh tertentu. seperti jika pada wanita akan merasakan sakit pada bahagian kiri atau kanannya sedangkan pada lelaki ialah disebelah kirinya, selain pada bahagian tangan dan tempat tertentu.
4) Cepat lelah
Sama seperti penyakit anemia, ciri penyakit jantung salah satunya adalah cepat lelah sedangkan baru sahaja bangun dari tidur dan tidak melakukan aktiviti berat.
5) Sesak nafas
Sesak nafas terjadi akibat pembuluh darah yang mengepam aliran arah.
6) Rasa mual
Merasa mual sehingga menurunkan nafsu makan.
7) Rasa Cemas
Kebiasaanya orang yang mengalami penyakit jantung akan mengalami trauma sehingga menimbulkan rasa tegang, ketakutan dan kecemasan. Rasa cemas ini harus dihindari supaya serangan jantung tidak datang kembali.
8) Pembengkakan
Pembengkakan pada bahagian tubuh tertentu seperti perut dan pergelangan kaki.
9) Keluar keringat / peluh
Peluh keluar dari tubuh sedangkan tidak melakukan sebarang aktiviti.
Jika anda mengalami gejala ini, jangan risau kerana berkemungkinan ia disebabkan oleh penyakit lain. Akan tetapi janganlah mengambil mudah didalam hal berkaitan kesihatan. Berjumpalah dengan pakar untuk dapat khidmat nasihat supaya tidak kita menyesal kemudian hari.
UBAT ORGANIK MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Delima adalah makanan sunnah yang mana ia disebut sebanyak 3 kali didalam Al-Quran. Ini menunjukkan kelebihan yan terdapat didalam delima yang kita tahu dan tidak. Marilah kita beramal dengan pemakanan sunnah yang lebih selamat. Selamat beramal....
Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI
G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Email : iyamanigmart90zairul@gmail.com
Tel / Whatsapp :
0196150599