Friday, June 19, 2015

AMALAN SUNNAH : 11 Amal Ibadah Pada Bulan Puasa (Ramadhan) Sesuai Sunnah Rasul SAW

11 Amal Ibadah Pada Bulan Puasa (Ramadhan) Sesuai Sunnah Rasul SAW

10 Amalan Sunah Bulan Puasa Ramadhan Yang Dicontohkan Rasul SAW — Bulan Ramadhan bagi umat muslim seluruh dunia merupakan bulan penuh berkah, hikmah dan ampunan, kerana berbagai amal perbuatan dapat menjadi pahala yang berlipat kali ganda. Bahkan pada posting sebelumnya telah diceritakan bagaimana tidurnya orang yang berpuasa dibulan Ramadhan adalah pahala.
MENGAJI-ALQURAN
Maka dari itu, merupakan hal yang sia-sia jika pada kesempatan bulan Ramadhan ini kita tidak berlumba-lumba mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Umur seseorang hanya Allah SWT yang mengetahuinya, selagi kita masih bertemu bulan Ramadhan bulan seribu bulan ini, sangat beruntung bagi umat muslim yang mahu menjalankan sunnah-sunnah demi mengejar pahala.
Nabi besar kita, Muhammad SAW telah mencontohkan kepada umatnya amalan-amalan sunnah yang dapat dilakukan pada bulan suci Ramadhan. Jadi apalagi yang kita tunggu? Berikut ini beberapa sunnah ibadah sesuai sunnah Rasul SAW.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [QS. Al-Baqarah (2): 183]
Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan selama bulan puasa ramadhan sesuai sunnah rasul saw:
1. Menyegerakan Berbuka Puasa
Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, karena didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah SAW bersabda :
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
2. Melaksanakan Makan Sahur
تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –
“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)
Ayat Al-Qur’an diturunkan pertama kali pada bulan Ramadhan. Maka tidak hairan jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain.
Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang berkah.
Buatlah target untuk diri anda sendiri. Jika di bulan-bulan lain kita khatam membaca Al-Qur’an dalam sebulan, maka misalnya di bulan Ramadhan kita boleh meletakkan target dua kali khatam. Lebih baik lagi jika ditambah dengan menghafal satu juz atau surat tertentu. Hal ini boleh juga dijadikan program yang baik bersama keluarga.
4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)
Amal ibadah mulia ini dapat Anda manfaatkan bersama tetangga atau anak-anak yatim yang bermukim disekitar rumah Anda. Memberikan makanan ini hanya satu contoh yang dapat kita terapkan dalam hal berbagi rezki kepada sesama umat. Hal ini juga perlu dibiasakan, agar setelah selesai bulan Ramadhan, hal ini tidak punah begitu saja.
5. Berdakwah
Jangan sia-siakan momen Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita mempunyai kesempatan berdakwah kerana pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan tiap orang siap menerima nasihat.
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)
Namun pastikan jika Anda memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa menunjuki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”
6. Solat Tarawih (Qiyamul Ramadhan)
Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah shalat tarawih (qiyamul ramadhan). Dan yang paling penting diingat ialah shalat tarawih dapat dilakukan dirumah sekalipun.
Rasulullah saw pernah merasa risau kerana takut solat tarawih dianggap menjadi solat wajib karena semakin hari semakin banyak yang ikut solat berjemaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah.
7. I’tikaf
Inilah amalan ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling kerap di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya. Hal ini diulas oleh Imam Az-Zuhri, “Sangat pelik keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”
8. Lailatul Qadar
Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa iaitu lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat menjaga-jaga untuk meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Kenapa? Kerana, “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtisab (mengharapkan pahala), maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun maka Ampunilah aku.
9. Umrah
Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Karena, pahalanya berlipat-lipat. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, karena nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)
10. Bertaubat
Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu pengampunan bagi seluruh hambanya. Kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.
11. Zakat Fitrah
Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun budak kecil. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Itulah beberapa amalan ibadah mulia yang diajarkan oleh Nabi besar kita Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan semua amalan ibadah tersebut dengan niat ikhlas dan mengharap ridho HANYA dari Allah SWT. Amiin.


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599


Thursday, June 18, 2015

KHASIAT DAN PENYAKIT : PUASA DAN MENYUSU

PUASA DAN MENYUSU





*Ikuti Kisah Dan pengalaman Kak Ogy 
Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat untuk menghasilkan entry berkenaan dgn ramadhan walaupun ianya makin meninggalkan kita. (Admin pun tak tahu puasa pada tahun bila).


Kak Ogy rasa bulan puasa tahun ini adalah bulan puasa kedua yang mencabar diri Kak Ogy. Bukan apa 2 tahun lepas adalah puasa orang yang mengandung dan muntah-muntah berpanjangan menyebabkan Kak Ogy terpaksa admitted dan tak boleh berpuasa.

Jenuhla Kak Ogy menggantikan kembali puasa tu. Manakala tahun ni pulak tahun yang mencabar sebab anak Kak Ogy dah berusia 16 bulan dan menyusu dengan heavynya. Padahal tahun lepas menyusu sambil berpuasa tapi masih diberikan kesempatan untuk berpuasa dengan jayanya.

Tapi tahun ni sangat-sangat mencabar dengan rasa sangat keletihan. So Kak Ogy decide untuk makan supplement (makanan tambahan) dan juga skip makanan dari Timur Tengah yang akak biasa makan seperti pati delima+Cuka Kurma. Rupanya dengan skip makanan tu buatkan Kak Ogy lagi lemah dan tak bertenaga. Rasa menyesal pun ada.

Pati Jus delima Gulshan ni rupanya mempunyai khasiat seperti :-

  • · Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
  • · Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal 
  • · Membersihkan hati dan urethra
  • -Mengeluarkan angin atau asid dalam badan (Asid seperti gastrik)
  • · Memperkuatkan sistem penghadaman
  • · Membuang lemak-lemak berlebihan
  • · Meningkatkan tenaga
  • · Mencegah ‘morning sickness’
  • · Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • · Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • · Membantu menyembuhkan penyakit diabetes-Menurunkan paras glukosa dalam darah
  • · Boleh meghilangkan kahak
  • · Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
  •   kekuatan tenaga batin. -Dikenali sebagai viagra (kerana dapat meningkatkan hubungan kelamin suami isteri sahaja ye)
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  • Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  • Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. 
Meh sini nak cerita sedikit lagi la testimoni pelanggan kak Ogy. 
Pengasuh anak akak Ogy ni dia ada kencing manis dan darah tinggi. Akak bagi dia cuka kurma tapi dia tak lalu nak telan masam sangat katanya.

Akak da nasihat dia minum dgn madu or air manis lain tapi dia kata tak selera gak nak telan sebab dia tak bancuh kot sebenarnya. Tapi tak pela Kak Ogy tak putus asa sebab kak Ogy rasa khasiat dalam pati delima dan juga cuka kurma ni sangat-sangatla banyak tambahan untuk pesakit diabetes dan Darah tinggi macam dia tu.

 Kak Ogy kasik pula dia try Pati Delima Gulshan. Alhamdulillah tak sampai sebotol habis dia kata dia rasa bertenaga dan juga melawaskan pembuangan air besar. Maknanya apa tu? 

Maknanya kalau pembuangan bahan kumuh kita lancar secara tak langsung badan kita telah menyahtoksik kan bahan yang tak diperlukan secara teratur. In shaa Allah dengan  pemakanan yang seimbang dan juga minum pati delima Gulshan secara istiqamah dapat mengawal kencing manis dan darah tinggi yang di alami.

Itu baru sorang testimoni ada lagi tapi Kak Ogy tengah mengumpul kesan-kesan yang baik dari pemakanan pati delima ni. So sape-sape yang nak cuba tak rugi. 

Berbaloi-baloi kerana ianya diekstrak terus dari buah kulit dan biji nya sekali. Rasanya pun not bad sebab masam-masam manis. Hanya sesudu pagi dan sesudu malam. 

Than Kak Ogy buat testimoni sendiri cuba plak makan pati Delima Gulshan dua kali sehari iaitu waktu hendak tidur dan sebelum sahur. Alhamdulillah segar walaupun lepas sahur terus cergas melakukan aktiviti harian sebelum mulakan kerja.

 Kenapa ye cam tu? Ok mari kita kaji sedikit mengenai pati delima ni.

Than Kak Ogy buat testimoni sendiri cuba plak makan pati Delima Gulshan dua kali sehari iaitu waktu hendak tidur dan sebelum sahur.

Alhamdulillah segar walaupun lepas sahur terus cergas melakukan aktiviti harian sebelum mulakan kerja. Kenapa ye cam tu? Ok mari kita kaji sedikit mengenai pati delima ni.

Oleh yang demikian Jus Pati Delima nilah yang buat kita rasa cergas di samping rasanya yang masam-masam manis seperti rasa ribena. Mungkin kerana fungsinya sendiri dapat melancarkan dan menstabilkan peredaran darah. 


Credit to : http://salamselawat.blogspot.com/2013_08_01_archive.html     



P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599

Monday, June 15, 2015

PEMAKANAN SUNNAH : MAKANAN SUNNAH GANTI VITAMIN?

Makanan sunnah ganti vitamin?







Sewajarnya kita mengambil berat jenis makanan yang diambil dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Rasulullah sebagai teladan yang terulung dan paling agung, apa yang diamalkan Baginda seharusnya dijadikan ikutan. Ini termasuk dalam hal pemakanan dan makan apa yang Rasulullah makan itulah dipanggil makanan sunnah. Sebagai rasul utusan ALLAH, sudah tentu apa yang diamalkan oleh Baginda itulah yang terbaik dan harus jadi teladan.

Mengenai pemakanan, ahli fiqh menyebut, "berubatlah dengan makanan sebelum kamu berubat dengan ubat." Mutakhir ini, pengambilan makanan tambahan sudah jadi trend masyarakat hinggakan muncul pelbagai jenis produk yang kononnya mampu menyembuhkan penyakit kronik. Kebanyakan produk makanan tambahan di pasaran adalah berasaskan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda, kurma, delima, zaitun, kismis, zaf’aran dan buah tin. Sesungguhnya disebut dalam al-Quran akan lapan kebaikan makanan yang jadi amalan Rasullullah SAW.

Tidak kira di pasar raya, jualan langsung ataupun pemasaran dalam talian, begitu banyak produk makanan tambahan ditawarkan kepada orang ramai pada masa ini. Makanan tambahan seakan sudah jadi budaya dalam hidup masyarakat moden. Daripada produk multi vitamin, makjun dan jamu mahupun yang berasaskan makanan sunah, terserah kepada kecenderungan masing-masing untuk memilih.

Namun, dalam keghairahan masyarakat membeli makanan tambahan, mungkin ramai yang masih tidak tahu apakah fungsi sebenar makanan jenis itu kepada kesihatan.

Adakah menjadi satu keperluan untuk individu mengamalkan pengambilan makanan tambahan dalam diet seharian?

Bersesuaian dengan perkataan ‘tambahan’ di belakangnya, juru runding dan pendidik nutrisi, Dr Bahrain Samah memberitahu, makanan tambahan bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan keutamaan.

Sebaliknya beliau berkata,  ia hanya diambil apabila ada keperluan tertentu.

“Kebiasaannya makanan tambahan diambil apabila seseorang merasakan pemuliharaan kesihatannya tidak dapat dicapai dalam sesuatu tempoh. Makanan tambahan juga memainkan peranan untuk mencegah dan merawat sesuatu penyakit.

“Selain itu, suplemen tambahan juga hanya diperlukan apabila kita dapati kandungan tertentu dalam makanan tidak mencukupi,” katanya.

Makanan sunnah lebih baik
Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, pasti ada kelebihan dan perbezaan bagi setiap produk.

Jelas Bahrain, makanan sunnah ataupun merujuk kepada makanan yang diamalkan Rasulullah SAW tentunya memiliki kebaikan yang lebih berbanding yang lain.

“Ini kerana ALLAH SWT telah menjelaskan khasiatnya dalam al-Quran. Malah, makanan sunnah juga dah dibuktikan dari segi sains ada banyak kebaikan dari pelbagai segi.

“Sama ada makanan sunnah atau suplemen lebih baik, saya tetap katakan makanan sunnah lebih baik sebab yang masuk dalam badan, yang kita ambil adalah dalam bentuk natural. Suplemen seperti multi vitamin mungkin ada semua khasiat, tetapi masih jauh berbeza dengan apa yang kita makan,” katanya.

Menurutnya dari aspek pemuliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit, makanan sunah jika diamalkan dengan betul memang dapat membantu.

“Contohnya macam minyak zaitun dan habbatus sauda ada fungsi tersendiri untuk menjaga kesihatan. Yang penting ialah kita memilih jenis makanan yang betul dan ikut keperluan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak menidakkan kepentingan makanan tambahan lain bagi tujuan pengimbangan sekiranya sesuatu kandungan dalam makanan sunnah tidak mencukupi.

“Misalnya jika seseorang itu memerlukan vitamin C untuk tujuan perubatan. Kurma basah mengandungi banyak vitamin C tapi mungkin tak cukup.

“Jadi kita boleh mendapatkannya melalui vitamin C yang dijual di pasaran,” katanya.

Perlu tahu kandungan makanan
Namun, tidak ada guna jika seseorang hanya mengamalkan makanan sunnah tanpa mengetahui kandungan nutrisi di dalamnya.
Kalau seseorang itu faham kandungan dalam makanan dan fungsinya pada kesihatan secara holistik sama ada melalui kajian sendiri atau pembacaan, ia akan membuatkan pengambilan makanan tersebut lebih berkesan.

“Misalnya setiap pagi saya amalkan makan vitamin C, suplemen zink, garam gunung, cuka dan minyak zaitun. Sebahagiannya adalah makanan sunnah dan saya tahu kandungan setiap jenis makanan dan caranya bekerja.

“Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu didik diri kita dengan membaca atau menyertai bengkel dan sebagainya untuk meluaskan pandangan mengenai makanan,” katanya.




P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599

Sunday, June 14, 2015

INFO SIHAT : 18 SUNNAH YANG JARANG DIKERJAKAN KAUM MUSLIMIN


18 Sunnah Yang Jarang Dikerjakan Kaum Muslimin



Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan. Sunnah juga berarti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:

1. Mendahulukan Kaki Kanan ketika Memakai Selipar Dan Kaki Kiri ketika Membukanya
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Menjaga Dan Memelihara Wudhu
Diriwayatkan dari Tsauban Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,“Istiqamahlah (konsistenlah) kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahwa sebaik-baik perbuatan adalah shalat, dan tidak ada yang selalu memelihara wudhunya kecuali seorang mukmin.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu Anha bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,“Siwak dapat membersihkan mulut dan sarana untuk mendapatkan ridha Allah.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i)

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam juga bersabda, “Andaikata tidak memberatkan umatku niscaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak shalat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Bersiwak disunnahkan setiap saat, tetapi lebih sunnah lagi saat hendak berwudhu, shalat, membaca Al-Qur`an, saat bau mulut berubah, baik saat berpuasa ataupun tidak, pagi maupun petang, ketika bangun tidur, dan hendak memasuki rumah.

Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh banyak orang, kecuali yang mendapatkan rahmat dari Allah. Untuk itu, wahai saudaraku, belilah kayu siwak untuk dirimu dan keluargamu sehingga kalian bisa menghidupkan sunnah ini kembali dan niscaya kalian akan mendapatkan pahala yang sangat besar.

4. Shalat Istikharah
Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu Anhu bahwa ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengajarkan kepada kita tata cara shalat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana beliau mengajarkan surat-surat Al-Qur`an kepada kami.” (HR. Al-Bukhari)
Oleh karena itu, lakukanlah solat ini dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam shalat istikharah.

5. Berkumur-Kumur Dan Menghirup Air dengan Hidung Dalam Satu Cidukan Telapak Tangan Ketika Berwudhu
Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung secara bersamaan dari satu ciduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

6. Berwudhu Sebelum Tidur Dan Tidur Dengan Posisi Miring Ke Kanan
Diriwayatkan dari Al-Barra’ bin Azib Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Jika kamu hendak tidur, maka berwudhulah seperti hendak shalat, kemudian tidurlah dengan posisi miring ke kanan dan bacalah, ‘Ya Allah, Aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, karena cinta sekaligus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan dari (murka)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus’. Jika engkau meninggal, maka engkau meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataanmu.”(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Berbuka Puasa Dengan Makanan Ringan
Diriwayatkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berbuka puasa sebelum shalat maghrib dengan beberapa kurma basah. Jika tidak ada maka dengan beberapa kurma kering. Jika tidak ada, maka beliau hanya meminum beberapa teguk air.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

8. Sujud Syukur Saat Mendapatkan Nikmat Atau Terhindar Dari Bencana
Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. Diriwayatkan dari Abu Bakrah Radhiyallahu Anhu ia berkata, “Jika Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan kabar gembira maka beliau langsung sujud dalam rangka bersyukur kepada Allah.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

9. Tidak Bercakap-cakap Dan Segera Tidur Selesai Shalat Isyak
Hal ini berlaku jika tidak ada keperluan saat begadang. Tetapi jika ada keperluan, seperti belajar, mengubati orang sakit dan lain-lain maka itu diperbolehkan. Dalam hadits shahih dinyatakan bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak suka tidur sebelum shalat isya` dan tidak suka bercakap-cakap setelah solat isya`.

10. Mengikuti Bacaan Muadzin
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr Radhiyallahu Anhu bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Jika kalian mendengar adzan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh muadzin, kemudian berselawatlah kepadaku. Barangsiapa yang berselawat kepadaku, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian mintakan wasilah untukku, karena wasilah merupakan tempat di surga yang tidak layak kecuali bagi seorang hamba Allah dan aku berharap agar akulah yang mendapatkannya. Barangsiapa yang memintakan wasilah untukku maka ia akan mendapatkan syafaatku (di akhirat kelak).” (HR. Muslim)

11. Berlomba-Lomba Untuk Mengumandangkan Azan, Bersegera Menuju Solat, Serta Berupaya Untuk Mendapatkan Saf Pertama.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallambersabda, “Andaikata umat manusia mengetahui pahala di balik adzan dan berdiri pada shaf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu niscaya mereka membuat undian itu. Andaikata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan shalat, niscaya mereka akan berlomba-lomba melakukannya. Andaikata mereka mengetahui pahala solat isyak dan subuh secara berjamaah, niscaya mereka datang meskipun dengan merangkak.”(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

12. Meminta Izin Tiga Kali Ketika Menziarahi
Jika tidak mendapatkan izin dari tuan rumah, maka keadaannya adalah anda harus pergi. Namun, banyak sekali orang yang marah-marah jika mereka berkunjung tanpa ada perjanjian sebelumnya, lalu pemilik rumah tidak mengizinkannya masuk. Mereka tidak memahami, mungkin pemilik rumah memiliki uzur sehingga tidak boleh memberi izin. Allah Ta’ala berfirman, “Dan jika dikatakan kepadamu, “Kembalilah!” Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. An-Nuur: 28)
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Adab meminta izin itu hanya tiga kali, jika tidak diizinkan maka seseorang harus pulang.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

12. Mengibaskan Tempat Tidur Ketika Hendak Tidur
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Jika kalian hendak tidur, maka hendaknya dia mengambil ujung seprainya, lalu mengibaskannya dengan membaca basmallah, karena dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi di atas Tilammu. Jika dia hendak merebahkan tubuhnya, maka hendaknya dia mengambil posisi tidur miring ke kanan dan membaca, “Maha Suci Engkau, ya Allah, Rabbku, dengan-Mu aku merebahkan tubuhku, dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan nyawaku, maka ampunkanlah ia, dan jika Engkau melepasnya, maka lindungilah ia dengan perlindungan-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang shalih.” (HR. Muslim)

13. Meruqyah Diri Dan Keluarga
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu Anha bahwa ia berkata, “Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam senantiasa meruqyah dirinya dengan doa-doa perlindungan ketika sakit, yaitu pada sakit yang menyebabkan wafatnya beliau. Saat beliau kritis, akulah yang meruqyah beliau dengan doa tersebut, lalu aku mengusapkan tangannya ke anggota tubuhnya sendiri, karena tangan itu penuh berkah.” (HR. Al-Bukhari)

14. Berdoa Saat Memakai Pakaian Baru
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri Radhiyallahu Anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam jika mengenakan pakaian baru, maka beliau menamai pakaian itu dengan namanya, baik itu baju, surban, selendang ataupun jubah, kemudian beliau membaca, “Ya Allah, hanya milik-Mu semua pujian itu, Engkau telah memberiku pakaian, maka aku mohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuannya dibuat, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan tujuannya dibuat.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

15. Mengucapkan Salam Kepada Semua Orang Islam Termasuk Anak Kecil
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru Radhiyallahu Anhu, ia menceritakan, ”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, ‘Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik?’Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukannya) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu Anhu bahwa ia menuturkan, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berjalan melewati kumpulan anak-anak, lalu beliau mengucapkan salam kepada mereka semua.”(HR. Muslim)

16. Berwudhu Sebelum Mandi Besar (Mandi Junub)
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu AnhuJika Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam ingin mandi besar, maka beliau membasuh tangannya terlebih dahulu, lalu berwudhu seperti hendak shalat, kemudian memasukkan jemarinya ke air dan membasuh rambutnya dengan air. Selanjutnya RasulullahShallallahu Alaihi wa Sallam menuangkan air tiga ciduk ke kepalanya dengan menggunakan tangannya, lalu mengguyur semua bagian tubuhnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

17. Membaca ‘Amin’ Dengan Suara Keras Saat Menjadi Makmum
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Jika imam membaca “Amin” maka kalian juga harus membaca “Amin” karena barangsiapa yang bacaan Amin-nya bersamaan dengan bacaan malaikat maka diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa kaum salafus-shalih mengeraskan bacaan “Amin” sehingga masjid bergemuruh.

18. Membuat Penghadang Ketika Sedang Solat Fardhu Atau Solat Sunnah
Diriwayatkan dari Abu Said al-Kudri Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallambersabda, “Ketika kalian hendak solat, maka buatlah penghadang di depannya dan majulah sedikit, dan janganlah membiarkan seseorang lintas di depannya. Jika ada orang yang sengaja lintas di depannya, maka hendaknya dia menghalanginya karena orang itu adalah syaitan.” (HR. Abu dawud dan Ibnu Majah)


Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, “Rasulullah memacakkan tombak di depannya, lalu shalat di belakang tongkat itu.” (HR. Al-Bukhari)
Sunnah ini sering diabaikan, terutama saat melakukan solat sunnah.

Wahai saudaraku! Jadilah seperti orang yang diungkapkan oleh Abdurrahman bin Mahdi, “Aku mendengar Sufyan berkata, ‘Tiada satu hadits pun yang sampai kepadaku kecuali aku mengamalkannya meskipun hanya sekali.”

Muslim bin Yasar mengatakan, “Aku pernah melakukan shalat dengan memakai selipar padahal solat tanpa selipar sangat mudah dilakukan. Aku melakukan itu hanya ingin menjalankan sunnah RasulShallallahu Alaihi wa Sallam.”

Ibnu Rajab menuturkan, “Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam,meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam meskipun dia sangat bersungguh-sungguh.”

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikuti sunnah rasul-Mu dan mengikuti jejaknya. Ya Allah, kumpulkanlah kami dan kedua orang tua kami bersamanya di surga wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN 
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599