9 MAKANAN YANG ANDA PERLU ELAK UNTUK DIET
Terdapat lebih kurang 9 makanan yang anda perlu elak. Tapi makanan ni semua sangat best. Kita selalu makan. Sebab tu Malaysia diantara negara yang banyak orang obesiti. Mari kita sama-sama cuba untuk tinggalkan makanan ni satu persatu. Gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat. InsyaAllah kita dapat menjaga kesihatan. Menghalang lebih baik dari merawat ye...
1) Soft Drink atau minuman bergas
Air bergas ni boleh dikatakan hampir tidak mempunyai khasiat pun dan perlu dijauhkan. Tambahan didalamnya terlalu banyak gula. Kita semua tahu bahawa gula adalah racun yang sangat bahaya. Gula boleh membawa macam-macam penyakit.
2) Minuman Kedai Kopi
Kebanyakan kita selalu lepak di kedai kopi / mamak. Tambahan sekarang bulan ramadhan. Bila habis terawih je terus ke kedai mamak. Ni kedai favourite rakyat Malaysia. Kopi mengandungi kafein yang tinggi. Sama juga minuman yang bergas turut mempunyai kafein yang agak tinggi. Jika kita memerlukan kafein, seeloknya kita order kopi 'O' kosong dan tambah sedikit susu, creamer atau gula mengikut keperluan kita sahaja.
3) Produk Kaya Tepung
Kita patu elakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya kerana tepung yang diperkaya sebenarnya menunjukkan tepung tu telah di 'bleach" dan telah kehilangan khasiat yang berharga. Untuk langkah yang bijak, makanlah roti penuh gandum dan pasta.
4) Roti, Kek dan lain-lain
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan inimengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5)Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
6) Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7) Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
8) Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
9) Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti
P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI
G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Email : iyamanigmart90zairul@gmail.com
Tel / Whatsapp :
0196150599
No comments:
Post a Comment