Saturday, June 13, 2015

AMALAN SUNNAH : 10 RAHSIA SUPAYA DICINTAI ALLAH S.W.T


10 RAHSIA SUPAYA DICINTAI ALLAH S.W.T


Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata:
”Sesungguhnya sebab-sebab yang dapat mendatangkan kecintaan dari ALLAH ada sepuluh (iaitu):
1. Membaca dan mentadabburi Al-Qur’an serta memahami makna-maknanya dan maksud yang terkandung didalamnya.
2. Mendekatkan diri kepada ALLAH dengan menjalankan amalan-amalan yang sunnah sesudah amalan-amalan yang wajib.
3. Terus-menerus berzikir kepada ALLAH dalam setiap keadaan, baik dengan lisan, hati,ataupun perbuatan, karena kadar kecintaan tergantung pada zikirnya. (Semakin cinta bererti semakin banyak zikir/ingat kepada yang dicintai.
4. Mengutamakan apa-apa yang ALLAH cintai daripada apa yang engkau cintai ketika hawa nafsu berkuasa.
5. Hati senantiasa menela’ah serta memperhatikan nama-nama ALLAH dan sifat-sifat-NYA, dan mendalaminya di taman dan medan ilmu pengetahuan ini.
6. Menyaksikan berbagai kebaikan dan nikmat ALLAH yang lahir dan batin.
7. Merasa rendah dan tunduk hatinya di hadapan ALLAH, dan ini merupakan sebab yang sangat menakjubkan.
8. Menyendiri untuk beribadah pada sepertiga terakhir dari waktu malam dan membaca kitabNYA (Al-Quran Al-Karim), lalu menutup (bacaan)nya dengan istighfar dan taubat.
9. Bermajlis dengan orang-orang yang mencintai ALLAH dengan jujur, mengambil buah yang baik dari perkataan mereka, dan engkau tidak berbicara kecuali tampak kuat adanya maslahat dalam berbicara, serta engkau tahu akan manfaat bagi dirimu dan orang lain.
10. Menjauhi setiap sebab yang menjadi penghalang antara hati dengan ALLAH.
Dan dari sepuluh sebab inilah, orang-orang yang mencintai (ALLAH) telah sampai pada kedudukan kecintaan (dari ALLAH yang sangat tinggi).

DOA MEMOHON KECINTAAN ALLAH


“Allaahumma innii as’aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubba 'amalin yuqarribuni ilaa hubbika"
Maksudnya: “Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, Dan jadikanlah aku mencintai amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.

P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599

Thursday, June 11, 2015

PATI JUS DELIMA : KHASIAT DAN PENYAKIT



ADA APA DENGAN PATI DELIMA GULSAN !!!






Apa Ada Dengan Pati Delima Gulsan ?
Buah Delima Digelar “Super fruit” kerana mengandungi antioksida yang tinggi , ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrient seperti riboflavin, niasin, vitamin C, Kalsium dan fosforus.Menurut Dr Ahmad Nabil Abu Khatwa, Buah Delima dapat mengurangi Kolestrol dalam darah dan dapat mengubati serta melindungi seseorang daripada 200 penyakit kronik
Bukti-Bukti Kehebatan Buah Delima.
Kajian Universiti California, Los Angeles
Kajian menyatakan bahawa dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi wain merah, jus anggur, jus blackberry, jus acai, jus kranberi , jus oren teh dan epal
Kajian Universiti Naples, Italy
Professor Claudia Napoli telah menemui pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (Pengerasan salur jantung)
Pat Hagon, UK & World News
Kajian menunjukkan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi Berjaya di ubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra dan Cialis
Khasiat Pati Delima Gulsan
  • Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja-kerja mengepam darah utk keperluan sel2 badan.
  • Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).
  • Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
  • Menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan.
  • Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
  • Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout
  • Mengelakkan rasa mual (semasa hamil), melegakan masalah pening kepala.
  • Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).
  • Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.
  • Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
  • Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.
  • Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu proses tumbesaran janin.
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.
  • Boleh meghilangkan kahak.
  • Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin.
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua.
** Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel2 tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.
Khasiat Pati Delima Gulsan Untuk Wanita
Mencegah / Mengurangkan Kanser Payudara
kaya nutrien berasaskan tumbuhan yang dipanggil asid elagik. Asid elagik menghalang aromatase, enzim yang mengubah androgen menjadi estrogen. Aromatase memainkan peranan penting dalam kanser payudara.
Kehamilan
Sumber asid folik Jus delima adalah sumber asid folik yang penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Asid folik, juga dikenali sebagai folat, adalah penting untuk pembentukan sel darah merah dan DNA, yang mengandungi kod genetik tertentu setiap individu.
Kedut
Mencegah dan melicinkan kulit Gabungan vitamin A dan vitamin E dalam delima membantu untuk mencegah pembentukan kedutan pada kulit khususnya .
Kesuburan dan nafsu seks
Meningkatkan kesuburan anda Mungkin manfaat kesihatan yang paling menarik jus delima yang diceritakan sejak berkurun lama untuk meningkatkan kesuburan dan nafsu seks.
Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599

INFO SIHAT : 7 CARA AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus


Pertama sekali sebelum anda amalkan perkara yang kami inginkan kongsikan ini, kami berharap anda 

dapat memahami bahawa kesihatan merupakan perkara pertama untuk buat anda cergas jika sudah berusia nanti.

Kita kurus bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi dalam masa yang sama adalah untuk masa depan yang mana kita boleh pergi jalan-jalan tanpa naik kerusi roda.

Apa-apa pun, kami tekankan di sini, anda perlu berdisiplin dan konsisten melakukan perkara yang anda inginkan sangat. Janganlah hanya bermula sekejap sahaja.


1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama

























Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis.


2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus - VITDAILY20150420_2748

Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Bila sudah lama buat, tidak mustahil anda akan top up semula air sebab cepat sangat habis.

3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus - VITDAILY20150420_2744

Ini memang perkara mudah dan kami sendiri pun sudah selalu lakukan. Paling best, bila sudah selalu buat, sudah boleh jangka banyak mana kita akan makan. Sekurang-kurangnya satu gelas sebelum makan.

Kiraannya mudah – bila kita minum air kosong, selera makan sebenarnya akan turut berkurang dan perkara ini akan membantu kita untuk menurunkan berat badan serta mengawal pengambilan makanan yang tidak melampau. Cubalah jika anda tidak percaya.


4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus - VITDAILY20150420_2743
Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan. Terlebih sarapan nanti, lentok pula ketika sedang buat kerja.

Mahu senang lagi, sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.



5. Minum LAPAN Gelas Sehari Itu Semua Penipu!

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus - VITDAILY20150420_2741

Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Itu semua penipu sebab anda kena minum lebih daripada jumlah tersebut apatah lagi jika berat badan anda sudah terlebih-lebih. Maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.

Tips mahu minum air banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu. Mulakan dengan botol air kecil dahulu. Bila air masak yang anda minum cepat habis, ia akan memotivasi anda untuk minum dengan lebih banyak lagi. Maka lagi bersemangatlah anda untuk kurus


6. Minum Dengan Gunakan Straw

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus - VITDAILY20150420_2749
Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.

Malah, Ziana Zain pun amalkan minum air secara seteguk-seteguk sahaja. Jika tidak percaya, jika terjumpa Ziana Zain nanti, boleh minta petua daripada dia.


7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus - VITDAILY20150420_2750

Mahu senang lagi, setiap kali selepas solat 5 waktu (bagi yang beragama Islam), sediakan terus air untuk diminum. Jika bab ini pun anda malas untuk lakukan, maka sila padamkan niat anda untuk kurus. Banyak sangat alasan, sila obesiti seorang diri.

Apa-apa pun, semua tips yang kami kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.

BONUSLetakkan target anda untuk lihat perubahan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu & jangan target melampau, nanti anda hampa, terus berhenti minum

Anda ada 1000 alasan untuk tidak menjaga badan dan terus selesa dengan keadaan sekarang tapi sanggupkah anda menelan 1000 pil di usia tua semata-mata kesilapan anda sendiri yang tidak menjaga kesihatan di usia muda? Sudahlah anda tua dan obesiti, menyusahkan orang lain pula kena hurung anda ke sini sana.



P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599

Tuesday, June 9, 2015

PEMAKANAN SUNNAH : 7 MAKANAN HEBAT UNTUK OTAK ANDA CERDAS

7 Makanan Hebat Untuk Otak Anda Cerdas


Manusia terdiri daripada empat bahagian fitrah iaitu fizikal, mental, emosi dan rohani. Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badannya dapat berfungsi dengan baik.
Makanan yang berkhasiat pula akan turut membantu perkembangan mental dan mengawal keadaan emosi seseorang. Teknik pemakanan yang baik turut menguatkan rohani apabila makanan tadi membantu kita menjalankan ibadah dengan sempurna dan menjadi muslim yang cemerlang.
Brain Food
Makanan berkhasiat akan membantu perkembangan mental dan emosi seseorang.
Sebelum ini saya berkongsi artikel tentang makanan sunnah yang men’genius’kan anda. Kali ini saya akan berkongsi makanan hebat yang turut membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak kita selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.

1 – Bijirin Penuh (Wholemeal)

Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.
Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.
Otak adalah organ utama yang Allah anugerahkan kepada manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.
Di sini peranan bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.
Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.
roti
Roti adalah salah satu makanan wholemeal yang boleh diambil.
Saya sarankan mengambil bijirin untuk sarapan pagi kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengahari boleh melesukan otak yang dipaksa bekerja tanpa makan. Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak malah dapat mengelakkan kelupaan dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunnah Rasulullah saw adalah seperti barli dan gandum yang dibuat roti.

2 – Omega 3, Omega 6, DHA & EPA

“Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!” begitulah bunyi iklan susu kanak-kanak yang menekankan peranan DHA dan EPA untuk otak. Kekurangan zat ini ternyata meningkatkan risiko untuk menghidapi alzhemier dan menjejaskan kapasiti memori anda. Justeru, orang dewasa juga memerlukan khasiat ini kerana struktur dan fungsi otak diperlukan seumur hidup.
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Ikan
Kebanyakkan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. [MTravels]
Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Jadi tidak hairanlah kenapa saintis mula tertarik untuk mengkaji budu malah masyarakat Jepun juga telah mula meminati budu. Apa pendapat pembaca dari Pantai Timur semua? Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut.

3 – Telur

Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan anda sehingga anda mampu mengingati di mana anda menyimpan kunci kereta anda.
Telur
Telur adalah antara sumber protein yang sangat murah kosnya. [BWj]
Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma makan telur tu biar berpada-pada ya. Jika berlebihan boleh menyebabkan bau badan samada melalui peluh mahupun angin (senyum).

4 – Kekacang

Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.
Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potassium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak.
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar.
Saya pernah disaran oleh guru agar mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatu sauda’ sebelum tidur selama 44 hari bersama doanya jika mahu memulakan penghafalan.
Selain itu, seorang ibu muda juga telah berkongsi bahawa antara rahsia pemakanan untuk anaknya yang berjaya menghafal 30 juzuk al Qur’an di usia 3 tahun adalah dengan mengamalkan badam bersama makanan sunnah yang lain.
Kekacang kaya dengan protein, sumber serat, mineral & vitamin. [Helen]
Kekacang kaya dengan protein, sumber serat, mineral & vitamin.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Desease menunjukkan bahawa kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia.
Tahukah anda bahawa otak yang tidak dijaga dengan baik akan lebih cepat tua berbanding usia kita? Kajian pada tahun 2009 di dalam Journal of Nutrition Food membuktikan bahawa walnut mampu bukan menghentikan proses penuaan tetapi mengembalikan otak kepada usia yang lebih muda.
Jenis kekacang yang lain adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji bijan. Pensyarah saya seorang doktor falsafah dari Turnisia selalu dilihat menikmati pelbagai kekacang panggang bersama kismis yang dijadikan snek ringan buat mengunyah ketika membuat kerja di pejabat.
Anda juga boleh cuba menggantikan jajan dengan kekacang yang ternyata baik untuk otak anda.

5 – Sayur-sayuran

Percayalah. Bukan sahaja sayur-sayuran baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.
Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.
sayur
Di antara jenis sayuran yang mudah untuk diperolehi.
Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.
Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).

6 – Buah-buahan

Buah-buahan adalah pilihan utama saya bagi makanan yang boleh dimakan sepanjang masa tanpa rasa bersalah kerana kenaikan berat badan (senyum meleret). Buah-buahan memang sinonim dalam menu menguruskan badan tapi berapa ramai yang tahu khasiat buah untuk otak?
Kajian dari Universiti Tuft, USA menunjukkan bahawa keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi mereka yang mengamalkannya. Hasil penelitian Dr Elizabeth Devore bersama pasukannya di Sekolah Harvard pula mendapati wanita yang makan buah-buahan beri memiliki memori yang lebih baik terutamanya dengan faktor peningkatan usia.
Buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry misalnya mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Buah
Untuk otak lebih cerdas kita perlu amalkan memakan buah setiap hari.
Selain itu, keluarga beri merendahkan tanda-tanda depresi iaitu sejenis tekanan pada sel akibat proses penuaan sekaligus membantu meningkatkan isyarat keupayaan otak. Buah apel pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak dari kerosakan radikal bebas. Buah apel dapat merendahkan risiko alzheimer.
Menurut penelitian Lembaga Pertanian dan Hasil Tani dari Kanada, buah apel merah ternyata mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding apel yang mempunyai warna kulit yang lebih pucat.
Keluarga limau terkenal kaya dengan vitamin C. Buah oren misalnya mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu buah oren mempunyai kandungan flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak.
Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan membangkitkan kita dari rasa mengantuk. Saya sangat suka minum lemon/limau bercampur madu yang dibancuh suam di pagi hari ketika perut kosong.
Bukan sahaja baik untuk otak malah komponennya boleh membersihkan perut selain menjaga kecantikan kulit. Ini ada satu fakta menarik tentang buah kegemaran saya iaitu buah delima. Buah delima juga adalah salah satu buah yang telah disebut di dalam al Qur’an seperti berikut:
surah-ar-rahman
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, (Surah Ar-Rahman: 68)

 

Sesuai sebagai buah penghias syurga, buah delima ternyata mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.
Dikenali sebagai Super Fruit, buah delima memberi banyak manfaat kepada pesakit kanser lebih-lebih lagi kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research pula menyatakan, dengan mengambil jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
Buah delima juga adalah sumber bagi asid folik yang tinggi untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi. Tidak hairanlah ibu yang makan buah delima bukan sahaja memiliki kulit yang cantik malah anaknya juga dilahirkan sihat dan cerdas. Kerana kebaikannya pada sel dan saraf, buah delima juga membantu pesakit Alzheimer.
Tomato ternyata mempunyai kandungan lycopene yang tinggi iaitu sejenis antioksida yang melawan serangan radikal bebas pada sel.
Kumpulan peneliti dari Institut Penelitian Kesihatan dan Perubatan Perancis mendapati salah satu punca kepada penuaan otak dan dementia adalah kerana kekurangan lycopene dan zeaxathin dalam tubuh.
Tomato juga kaya dengan vitamin B9 yang bersifat melindungi otak dari masalah kehilangan memori dan kehilangan kewaspadaan mental.
Buah pisang selalu dipandang remeh oleh masyarakat kita mungkin kerana begitu mudah untuk mendapatkannya. Saya termasuk dalam kelompok ini, tak hairan melihat pisang apatah lagi nak sentuh dan memakannya.
Namun persepsi saya tentang pisang berubah apabila saya sendiri merasakan manfaat pisang untuk otak dan kesihatan sejak mengamalkannya.
Lebih mengujakan apabila saya terjumpa perkataan pisang di dalam al Qur’an pada satu hari sehingga saya sangat menghargai buah ini.
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang. Dan air yang sentiasa mengalir, (Surah Al-Waqi'ah:27-31)
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang. Dan air yang sentiasa mengalir, (Surah Al-Waqi’ah:27-31)

Saya kongsikan serba sedikit tentang pisang. Buah pisang kaya dengan nutrien, vitamin, antioksida dan kalium yang baik untuk sistem saraf dan otak. Makan tiga biji pisang sehari, risiko serangan strok dan sakit jantung dapat dikurangkan.
Pisang juga sangat baik untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tekanan, sakit mental dan ketagihan. Trytophan di dalamnya dapat membantu menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan pada otak, membantu mereka yang bergelut dengan ketakutan dan kegemuruhan, obesiti dan tabiat rokok.
Kandungan fosfor di dalam pisang pula dikatakan bermanfaat untuk perkembangan otak dan kemampuan akal seperti kecerdasan, berfikir dan menghafal.

7 – Coklat

Teksturnya yang halus dan ringan. Di dalam mulut coklat ini cair dengan sensasi yang sungguh mengasyikkan. Terpejam mata saya dibuatnya dek menghayati kelazatan coklat.
Banyak kali juga keseronokkan menikmati coklat menjadikan saya tersenyum sendiri. Tapi jangan tersilap memilih coklat ya. Coklat yang saya maksudkan di sini adalah coklat tulen (pure butter cocoa).
Bukan coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate) seperti kebanyakkannya di pasaran.
Coklat ternyata mengandungi flavonoid yang memacu pembentukkan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak. Ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda.
Makan coklat dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira.
Kehebatan coklat tidak perlu ditunggu ketika dimakan sahaja. Kajian juga membuktikan bahawa dengan menghidu bau coklat sahaja, gelombang theta pada otak akan meningkat seterusnya merangsang ketenangan kepada anda.
Coklat
Coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Selain menghilangkan tekanan emosi yang tidak bagus untuk otak dan mengelakkan depresi pada diri anda, jelas juga coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Nikmatilah coklat gelap (70% komposisi coklat) untuk menjaga kesihatan anda. Terlalu pahit? Boleh juga menikmati coklat gelap berkomposisi 50% coklat, lebih manis sedikit.
Walaupun kumpulan makanan ini kelihatan kecil iaitu 7 sahaja yang saya kongsikan tapi pada setiap kumpulan makanan terdapat pelbagai pilihan untuk anda. Anda boleh mix & match menu anda setiap hari dengan kreativiti tersendiri.
Sayuran dan buahan yang berwarna-warni misalnya selalu membuatkan saya teruja untuk menyediakannya. Siapa kata makanan sihat itu membosankan?
Credit to : http://tazkirah.net/
P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599

INFO SIHAT : 5 TIPS KEKAL CANTIK DAN SIHAT DENGAN MUDAH

5 TIPS KEKAL CANTIK DAN SIHAT DENGAN MUDAH 


Nak tips lagi tak? Harini kami nak share tips2 kekal cantik & sihat Cara Islam.

1. CUCI WAJAH 5x sehari. Agar wajah anda kelihatan segar & berseri-seri. Cucilah wajah dengan air WUDUK sekurang-kurangnya 5x sehari. Air wuduk tersebut jangan di lap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. Kemudian ambillah sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

2. BERSENAM elakkan stress. Bersenam melalui SOLAT. Ketika anda solat, anda gerakkan seluruh anggota tubuh. Dan inilah sebaik-baik senaman yg patut kita amalkan sebagai umat Islam

3. RASIA BIBIR CANTIK, bisikkan KALIMAH-KALIMAH ALLAH, tidak berbohong atau menyakiti orang lain dan tidak sombong atau takbur.

4. DIKENALI DAN DISAYANGI, Ucaplah salam kepada org lain yg ditemui samada di kuliah, di pejabat atau sebarang majlis. Melalui cara ini anda akan lebih di kenali serta di sayangi oleh orang ramai.

5. TUBUH LANGSING jadi idaman. Diet yang teratur dengan BERPUASA sunat Isnin dan khamis setiap minggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. Makan makanan yg halal serta banyakkan mengambil sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari :)


Selamat Beramal !


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/

Tel / Whatssup     : 0196150599