Monday, June 22, 2015

INFO SIHAT : RAHSIA KURUS PANTAS DAN SIHAT

RAHSIA KURUS PANTAS DAN SIHAT

Assalamualaikum semua.
Semoga anda ceria-ceria di hujung minggu ini dan beroleh kesempatan waktu bersama keluarga yang tersayang. 

Kebetulan bermula minggu ini, saya akan mulakan diet dan kurus secara pantas, jadi saya terfikir untuk berkongsi dengan para pembaca setia blog ini tentang cara RAHSIA yang awesome ini. Tapi adalah diingatkan dari awal lagi bahawa badan tak ambil masa sehari untuk gemuk dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus.
Biar lambat asalkan selamat. Jadikan SABAR sebagai tangkal utama untuk diet pantas ni. Jangan sekali-kali ingin turunkan kilo dalam seminggu hingga 10 kg. Jika ada cara atau supplement yang mampu lakukan sebegitu, pasti ada 'something wrong somewhere' pada keadah dan produk tersebut.

Jangan risau, tips hebat ini saya kongsikan bersama anda. Penurunan 3-5kg dalam sebulan tanpa gagal kerana ini yang saya lakukan kepada rakan-rakan yang bermain gym bersama saya dahulu dan pengalaman inilah yang saya gunakan bersama pelanggan istimewa bisnes saya sekarang.

5 RAHSIA TERBONGKAR

1. Jaga Pemakanan Terutamanya Sarapan!

Nampak senang je kan tapi akhirnya ke laut juga apabila kita tak fokus dan konsisten dengan apa yang kita inginkan. Fokus ok! Anda kan nak kurus pantas! The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old but on building the new!

Di bawah ni adalah contoh menu makanan yang kebiasaannye kita biasa lihat dan juga jadi rutin kepada diri kita sendiri sebagai orang M'sia yang wajib makan nasi. Betul tak? 
  • Breakfast - nasi lemak + air nescaffe
  • Lunch - nasi ayam + air sirap
  • High tea - goreng pisang + kuih-muih + air kopi
  • Dinner - nasi + lauk pauk kampung + air kosong
  • Supper - minum teh + makan biskut
Haaaa, mesti ada yang jadual makannya seperti ini. Takmo...takmo ye kalau nak kurus pantas. Ni terbalik ni, ia untuk GEMUK pantas. So, berhati-hati.


Ni makannya jika kita tidak menjaga corak 
pemakanan yang seimbang.
Untuk makluman, sarapan pagi yang bagus adalah dengan mengambil makanan yang rendah kalori tetapi mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk kita bekerja hingga ke tengah hari.

Kesilapan rakyat M'sia dalam mengambil sarapan pagi adalah mengambil makanan berminyak, bergoreng dan kurang nutrien. 

Tahukah anda, liang-liang usus dalam badan mudah menyerap makanan dan mudah tersumbat jika selalu diberikan makanan yang berminyak seterusnya ia menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat secara perlahan-lahan tanpa kita sedari kerana ini semua berpunca daripada apa yang kita makan SEAWAL sarapan pagi. 

Saya selalu cakap dengan customer "good breakfast give good day!". Jadi berikan yang terbaik kepada usus kita sebaik-baiknya seawal pagi dan hari anda seterusnya pasti lebih menggembirakan. Jika anda dapat kawal sarapan pegi anda, waktu pemakanan yang lain akan menjadi lebih mudah.

2. Cuci Usus Anda!

Untuk lose weight, mesti cuci usus terlebih dahulu! Nak tahu kenapa mesti kene cuci usus? Nak cuci macam mana tu?

Kita mesti melalui proses detox terlebih dahulu sebelum memulakan program penurunan berat badan. Tujuannya adalah untuk penyerapan nutrien dari sarapan itu manakala yang tidak diperlukan di'detox'kan secara baik. 

Sebagai makluman, apa yang didetox oleh badan adalah tidak secara keseluruhan dan terdapat sisa-sisa kecil yang tidak boleh di detox secara terus maka pengambilan supplement seminggu sekali adalah penting untuk tujuan mencuci usus. 


Ini rupa usus yang kotor (before) dan yang bersih (after)
Usus tak boleh dicuci tiap-tiap hari sebab ia akan menjadi 'malas' hendak function sendiri untuk 'membuang', maka atas sebab demikianlah detox first pada hari pertama diet pantas. Penyerapan nutrien dari makanan yang diambil pada keesokan harinya pasti lebih efektif apabila usus telah bersih. 

Jadi proses penurunan berat badan boleh jadi lebih cepat apabila usus telah bersih dan pemberian nutrisi yang sihat seawal pagi. Pilihlah supplement semulajadi yang semestinya selamat untuk usus tanpa menghakisnya secara 'halus'.


3. Meal Plan

Tadi tentang kepentingan sarapan pagi yang sihat dan usus yang bersih. Sekarang, bagaimana pula dengan makan tengahari dan malam?

Hah! inilah namanya 'meal plan'? Ia adalah tatacara pemakanan berdisiplin dan sihat yang mesti diikuti berdasarkan target penurunan yang dikehendaki.


Pesanan buat semua. Untuk turunkan berat badan biarlah logik targetnya. Jangan melampau-lampau dan secara mendadak pula dalam tempoh yang singkat kerana ia boleh memberikan effect kepada sistem tubuh dan organ dalaman badan untuk berfungsi. Organ jantung adalah yang paling terkejut hendak mengepam darah dalam arteri-arteri dalam badan jika penurunan berat badan adalah secara mendadak. 

Biarlah logik, misalnya 1 bulan turun 5 kg, bukan 10 kg atau 15 kg sebulan. Walaupun penurunan berlaku tidak sepantas yang diingini tetapi yang penting, mesti reshape! 

Apa itu reshape? Reshape adalah proses pembentukan semula badan setelah berat turun. Kemudian badan akan reshape menjadi bentuk tubuh yang lebih cantik dan 'kemas' serta tidak flebby. Caranya mestilah kena ambil makanan yang penuh protein untuk firmkan otot-otot bdn supaya lebih kental dan nampk cantik. 

Bagaimana nak buat meal plan?

Ambil sekeping kertas dan tulis TARGET TURUN BERAT BADAN : 5 KG SEBULAN
Tulis juga berat badan asal dan berat badan yang hendak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Meal Plan:

a) Bangun Pagi: Minum air segelas/500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh.
b) Breakfast: Ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + Minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus.
c) Lunch: Makan macam muka 'Mickey Mouse' iaitu banyakkan sayuran dan protein kemudian kurangkan nasi atau karbohidrat. Makan buah-buahan yang berasaskan sumber air kerana air penting dalam tubuh badan. Contohnya tembikai + Minum air kosong sebanyak 500 ml + 500 ml secara sikit demi sikit bukan sekaligus.
d) High Tea: Ambil makanan yang ada fiber yang mengenyangkan. Contohnya: Bread yang ada fiber tinggi dalam 2 keping.
e) Dinner: Minum air segelas/500ml atau ambil makanan berprotien tinggi atau makan macam muka 'Mickey Mouse' (seperti lunch tadi).



Jadi apa-apa pun bijaklah apabila menyenduk atau mengambil makanan dalam menu seharian kita. Kita perlu bijak mengawal pengambilan kalori dengan betul yang bersesuaian dengan gaya hidup sendiri dan kita tidak terhalang untuk makan makanan kegemaran kita. Yang penting "we are what we eat!".

4. Belajar Minum Air Kosong

Ini adalah perkara wajib yang menjadi rahsia dalam semua slimming center, rahsia AIR. Hendak turunkan berat badan mesti kena belajar minum air kosong secara berterusan kerana ia boleh membantu menurunkan kadar kalori dalam badan yang dah berzaman disimpan dalam lapisan bawah kulit kita ini. 




Air kosong juga berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetoxkan melalui air kencing. Seterusnya untuk mencuci buah pinggang. Bila air kosong kurang diminum, buah pinggang kita akan berusaha bersungguh-sungguh keluarkan air kencing tetapi itu adalah cara yang tidak sihat kerana air kencing akan jadi kuning sangat dan kesian pada buah pinggang kita kerana bersusah payah dia 'mencari punca air' yang ada dalam tubuh badan kita untuk tujuan detox.

5. Supplement

Ramai sebenarnya mengetahui bahawa pengambilan supplement pada masa kini sangat perlu bahkan terdapat beberapa buah negara maju memberikan supplement percuma kepada penduduknya. Contoh terbaik adalah Jepun. Ia bukan sengaja diberikan tetapi sebagai mencegah sebarang penyakit kronik kepada penduduknya akibat pelbagai komplikasi kesihatan.

Dalam diet yang sihat untuk kurus dengan pantas, pengambilan supplement sangat penting untuk memberikan nutrien keperluan tubuh dan mengawal sistem pemakanan harian kita.

Maklumlah, di siang hari saya pensyarah, di malam hari pula, saya seorang usahawan. Jadi, tenaga sangat penting untuk saya tapi TANPA MAKANAN.

Untuk kurus yang pantas dan sihat serta kegemukan tidak berulang lagi, pembuangan toksik dalam tubuh secara sempurna adalah sangat perlu kerana ia ibarat karat yang tidak dibuang ketika proses pengecatan baru dilakukan pada sebatang besi. Jadi sia-sia ringkasnya!


So, bulan ni azam baru untuk teruskan balik diet ini kerana saya semakin yakin dengan supplement dan kaedah pemakanan di atas kerana saya telah mencubanya sendiri. Anda bila lagi?!


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599


AMALAN SUNNAH : BERPUASA TAPI BERSUGILAH


BERPUASA TAPI BERSUGILAH


Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah. Juga apabila kita bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia.
Justeru itu, semasa soat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang datang ke tempat perhimpunan awam khususnya solat berjemaah. Sebab itu tidak dibenarkan sesiapa yang memakan bawang putih ataupun makanan yang lain yang mengeluarkan bau busuk dari pemakannya menghadiri solat berjemaah. Ini kerana Islam ingin mengelakkan kita menyakitkan orang lain dan menimbulkan kebencian sesama manusia.
Galakan Gosok Gigi
Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Bukan Hujah
Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:
“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:
“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599


Sunday, June 21, 2015

PEMAKANAN SUNNAH : 8 KESALAHAN KESIHATAN YANG ANDA PERLU TAHU DAN ELAK

8 KESALAHAN KESIHATAN YANG ANDA PERLU TAHU DAN ELAK !!




Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:

1. Tak cukup atau terlebih Tidur!
Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.
Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akibatkan sakit jantung, kecederaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.
Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.

2. Elak Sarapan.
Saya memang tidak faham logik amalan elak memakan sarapan. Terlalu sibuk? Tiada masa? Nak kurangkan kalori? Jangan tak makan sarapan. Yang rugi nanti anda. Makanan sarapan penting untuk break-fast dan bekalkan nutrisi dan tenaga untuk aktiviti anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Cuba makan secepat mungkin untuk bantu 
1) bekalkan tenaga badan 
2) tingkat kecergasan mental dan 
3) penting dalam mengawal nafsu makan.
 Kalau tunggu sampai di pejabat baru nak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora. Jangan. Makan sarapan secepat mungkin.
Skip breakfast bantu kurangkan berat? Dalam ramai-ramai yang berjaya kurangkan berat badan, tidak ada seorang pun yang elak sarapan pagi.

3. Abaikan Senaman Weight Training
Malangnya di Malaysia, kalau sebut tentang senaman pemberat, orang ramai sering kaitkannya dengan sukan bina-badan atau hanya untuk lelaki yang ingin nampak gagah-perkasa. Itu salah. Senaman pemberat sesuai untuk semua, termasuk:
Meraka yang ingin kurangkan berat badan. Kenapa? Kerana 
1) Bila kurangnya berat badan, anda juga akan kehilangan otot. Maka weight training penting          untuk kurangkan jumlah otot yang hilang.
2) Otot bantu tingkatkan metabolisma badan.
Wanita yang ingin kelihatan fit dan firm.
Warga emas untuk kekalkan otot-otot yang ada, kuatkan sendi-sendi dan elak daripada tulang rapuh.
Sakit pinggang? Satu-satu cara untuk atasi masalah sakit bahagian belakang bawah adalah dengan senaman pemberat yang bantu kuatkan otot berkenaan.
Kanak-kanak pun amalkan senaman pemberat tapi bukan di gym. Senaman di taman permainain umpama senaman pemberat tapi di gunakan berat kanak-kanak itu sendiri. Ia penting untuk mengalakkan tumbesaran dan lain-lain.

4. Too Much Protein!
Walaupun ia tren masa kini, lagi-lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein. Elak daripada pemambilan protein terlalu banyak. Ia boleh berikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, gout dan lain-lain. Sila baca blog post saya yang bertajuk 
Top 10: Baik Buruk Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat.

… Jangan ikut mana-mana tren masa-kini, tanpa dapatkan informasi lengkap terlebih dahulu...

Jadi berapa banyak protein yang sesuai untuk anda? Bagi saya dalam 35% daripada jumlah pengambilan kalori seharian anda. Jadi katakan target pengambilan anda 2000kcal, maka pengambilan sehari anda boleh ambil 700kcal atau 175g (1g = 4kcal).

5. Bergantung kepada orang lain.
Zaman sekarang, memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhitaman kesihatan. Dari suplemen, makanan tambahan, pusat pelangsingan, doktor, jurulathi peribadi dan kevinzahri.com (hehe), memang macam-macam ada untuk penggunaan anda.
Tapi ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawap kesihatan dan kecergasan sepatutnya tanggungjawap diri, bukan orang lain. Dan di sinilah ramai yang dipergunakan oleh pihak-pihak komersial tapi tetap tiada pandai mengawal kesihatan diri.
That is why, fokus eBook, seminar dan blog saya adalah untuk memberikan kawalan kepada anda. Bagaimana? Dengan ilmu. Akhirnya, jangan bergantung dan dipergunakan orang lain. Bergantunglah kepada diri sendiri dan mempergunakan produk-produk komersial.

6. Merokok.
Dalam seminar-seminar saya, saya jarang menyentuh bab merokok. Kenapa? Kerana semua dah tahu tentang keburukkannya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga terdekat (2nd hand smoke).
Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememang tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa.

7. Elak Pemeriksaan Kesihatan Tahunan
Yang ini memang penting tapi ramai yang anggap ia remeh-temeh atau takut hapadi realiti kesihatan diri. Ini bukan soal BMI, kolesterol atau glukos darah semata-mata. Pemeriksaan ini amat penting untuk diagnosis penyakit-penyakit di luar kawalan seperti barah/kanser dan pelbagai masalah yang tidak diingini.
Kalau anda boleh laburkan ratusan atau ribuan Ringgit untuk suplemen kesihatan, apatah lagi untuk pemeriksaan kesihatan untuk kesihatan diri.
…Dont be in denial. Lebih baik mengenal-pasti masalah anda hari ini sebelum terlambat…

8. Bersenam Hari-Hari
Mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam hari-hari. Kenapa pulak? Kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan. Kalau beban atau stres ini diteruskan setiap hari, katakan 7x seminggu, badan tiada peluang untuk membaiki diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.
…Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) …
Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) untuk membenarkan badan membaiki segala wear-n-tear. Atlit-atlit dunia seperti pemain bola sepak pun ada off season.

Baiklah, harapan saya bahawa tip-tip di atas memberi manfaat kepada anda semua. Semoga kesihatan anda sentiasa di bawah kawalan diri anda sendiri.



P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599


INFO SIHAT : 9 MAKANAN YANG ANDA PERLU ELAK DALAM DIET

9 MAKANAN YANG ANDA PERLU ELAK UNTUK DIET

Terdapat lebih kurang 9 makanan yang anda perlu elak. Tapi makanan ni semua sangat best. Kita selalu makan. Sebab tu Malaysia diantara negara yang banyak orang obesiti. Mari kita sama-sama cuba untuk tinggalkan makanan ni satu persatu. Gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat. InsyaAllah kita dapat menjaga kesihatan. Menghalang lebih baik dari merawat ye...

1) Soft Drink atau minuman bergas
Air bergas ni boleh dikatakan hampir tidak mempunyai khasiat pun dan perlu dijauhkan. Tambahan didalamnya terlalu banyak gula. Kita semua tahu bahawa gula adalah racun yang sangat bahaya. Gula boleh membawa macam-macam penyakit.

2) Minuman Kedai Kopi
Kebanyakan kita selalu lepak di kedai kopi / mamak. Tambahan sekarang bulan ramadhan. Bila habis terawih je terus ke kedai mamak. Ni kedai favourite rakyat Malaysia. Kopi mengandungi kafein yang tinggi. Sama juga minuman yang bergas turut mempunyai kafein yang agak tinggi. Jika kita memerlukan kafein, seeloknya kita order kopi 'O'  kosong dan tambah sedikit susu, creamer atau gula mengikut keperluan kita sahaja.

3) Produk Kaya Tepung
Kita patu elakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya kerana tepung yang diperkaya sebenarnya menunjukkan tepung tu telah di 'bleach" dan telah kehilangan khasiat yang berharga. Untuk langkah yang bijak, makanlah roti penuh gandum dan pasta.

4) Roti, Kek dan lain-lain

Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan inimengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.


Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5)Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

6) Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

7) Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

8) Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

9) Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti 

P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599



Friday, June 19, 2015

AMALAN SUNNAH : 11 Amal Ibadah Pada Bulan Puasa (Ramadhan) Sesuai Sunnah Rasul SAW

11 Amal Ibadah Pada Bulan Puasa (Ramadhan) Sesuai Sunnah Rasul SAW

10 Amalan Sunah Bulan Puasa Ramadhan Yang Dicontohkan Rasul SAW — Bulan Ramadhan bagi umat muslim seluruh dunia merupakan bulan penuh berkah, hikmah dan ampunan, kerana berbagai amal perbuatan dapat menjadi pahala yang berlipat kali ganda. Bahkan pada posting sebelumnya telah diceritakan bagaimana tidurnya orang yang berpuasa dibulan Ramadhan adalah pahala.
MENGAJI-ALQURAN
Maka dari itu, merupakan hal yang sia-sia jika pada kesempatan bulan Ramadhan ini kita tidak berlumba-lumba mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Umur seseorang hanya Allah SWT yang mengetahuinya, selagi kita masih bertemu bulan Ramadhan bulan seribu bulan ini, sangat beruntung bagi umat muslim yang mahu menjalankan sunnah-sunnah demi mengejar pahala.
Nabi besar kita, Muhammad SAW telah mencontohkan kepada umatnya amalan-amalan sunnah yang dapat dilakukan pada bulan suci Ramadhan. Jadi apalagi yang kita tunggu? Berikut ini beberapa sunnah ibadah sesuai sunnah Rasul SAW.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [QS. Al-Baqarah (2): 183]
Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan selama bulan puasa ramadhan sesuai sunnah rasul saw:
1. Menyegerakan Berbuka Puasa
Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, karena didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah SAW bersabda :
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
2. Melaksanakan Makan Sahur
تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –
“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)
Ayat Al-Qur’an diturunkan pertama kali pada bulan Ramadhan. Maka tidak hairan jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain.
Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang berkah.
Buatlah target untuk diri anda sendiri. Jika di bulan-bulan lain kita khatam membaca Al-Qur’an dalam sebulan, maka misalnya di bulan Ramadhan kita boleh meletakkan target dua kali khatam. Lebih baik lagi jika ditambah dengan menghafal satu juz atau surat tertentu. Hal ini boleh juga dijadikan program yang baik bersama keluarga.
4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)
Amal ibadah mulia ini dapat Anda manfaatkan bersama tetangga atau anak-anak yatim yang bermukim disekitar rumah Anda. Memberikan makanan ini hanya satu contoh yang dapat kita terapkan dalam hal berbagi rezki kepada sesama umat. Hal ini juga perlu dibiasakan, agar setelah selesai bulan Ramadhan, hal ini tidak punah begitu saja.
5. Berdakwah
Jangan sia-siakan momen Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita mempunyai kesempatan berdakwah kerana pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan tiap orang siap menerima nasihat.
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)
Namun pastikan jika Anda memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa menunjuki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”
6. Solat Tarawih (Qiyamul Ramadhan)
Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah shalat tarawih (qiyamul ramadhan). Dan yang paling penting diingat ialah shalat tarawih dapat dilakukan dirumah sekalipun.
Rasulullah saw pernah merasa risau kerana takut solat tarawih dianggap menjadi solat wajib karena semakin hari semakin banyak yang ikut solat berjemaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah.
7. I’tikaf
Inilah amalan ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling kerap di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya. Hal ini diulas oleh Imam Az-Zuhri, “Sangat pelik keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”
8. Lailatul Qadar
Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa iaitu lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat menjaga-jaga untuk meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Kenapa? Kerana, “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtisab (mengharapkan pahala), maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun maka Ampunilah aku.
9. Umrah
Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Karena, pahalanya berlipat-lipat. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, karena nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)
10. Bertaubat
Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu pengampunan bagi seluruh hambanya. Kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.
11. Zakat Fitrah
Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun budak kecil. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Itulah beberapa amalan ibadah mulia yang diajarkan oleh Nabi besar kita Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan semua amalan ibadah tersebut dengan niat ikhlas dan mengharap ridho HANYA dari Allah SWT. Amiin.


P/S : Anda boleh dapatkan Produk Pemakanan Sunnah di IYAMANI G-MART
No.12 JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Website : http://www.iyamanigmart.com.my/
Tel / Whatsapp     : 0196150599